Portal Rasmi KPKT : http://www.kpkt.gov.my/
Lampiran
Kepada
Pekeliling
Ketua Setiausaha
Kementerian
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan
Tempatan
Bilangan
3 Tahun 2014
GARIS
PANDUAN PENUBUHAN JAWATANKUASA
PERWAKILAN
PENDUDUK (JPP) DALAM KAWASAN PIHAK
BERKUASA
TEMPATAN (PBT)
Kementerian
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan
Tempatan
ISI
KANDUNGAN
Bil Perkara
1. Tujuan
2. Tafsiran
3. Latar
belakang penubuhan JPP
4. Objektif
Penubuhan JPP
5. Pelaksanaan
JPP
6. Struktur
Organisasi JPP
7. Peranan
anggota JPP
8. Fungsi
dan tugas biro
9. Pihak
berkuasa melantik
10. Syarat-syarat
umum pelantikan
11. Prosedur
pelantikan
12. Tempoh
lantikan
13. Penamatan
lantikan
14. Bayaran
elaun dan kemudahan
15. Pengendalian
mesyuarat
16. Kursus
dan latihan
17. Pemantauan
18. Laporan
tahunan
19. Penubuhan
Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)
20. Publisiti
dan hebahan
21. Penutup
1. TUJUAN
Garis
panduan ini disediakan bertujuan untuk menjelaskan syarat-syarat pelantikan dan
penamatan pelantikan Anggota Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) dalam
kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta hal-hal yang berkaitan supaya pelaksanaannya
lebih teratur, cekap dan seragam.
2. TAFSIRAN
Dalam
Garis Panduan ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki yang lain;
“Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP)”
merupakan satu entiti yang dianggotai oleh wakil masyarakat setempat yang
terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan lapan (8) ahli jawatankuasa seperti
berikut:
(i)
Biro
Kemajuan Wanita;
(ii)
Biro
Belia dan Sukan;
(iii)
Biro
Ekonomi dan Kewangan;
(iv)
Biro
Sosial dan ICT;
(v)
Biro
Aduan dan Kebajikan;
(vi)
Biro
Keselamatan;
(vii)
Biro
Pendidikan, Modal Insan dan Kerohanian; dan
(viii)
Biro
Kebersihan, Kesihatan dan Alam Sekitar.
“Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)”
merupakan sebuah majlis yang ditubuhkan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan/
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri/ Jabatan PembangunanPersekutuan Negeri
bagi menyelaras perjalanan JPP di setiap zon.
“Pemimpin Tempatan Persekutuan (PTP)”
merujuk kepada Ahli Parlimen atau Pemimpin Tempatan yang dipersetujui oleh YB
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi
mewakili KPKT.
“Zon” merujuk kepada persempadanan yang
ditentukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan/ Pejabat Pembangunan Persekutuan
Negeri/Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri untuk dikawalselia oleh setiap
JPP.
“Bermastautin” merujuk kepada penduduk
yang menetap lama di suatu tempat berdasarkan kepada alamat tempat tinggal.
“Pihak Berkuasa Melantik” merujuk kepada
YB Menteri KPKT yang diberi kuasa secara sah untuk melantik Pengerusi JPP dan
Ketua Setiausaha KPKT yang diberi kuasa secara sah untuk melantik Setiausaha
dan ahli JPP.
3. LATAR
BELAKANG PENUBUHAN JPP
3.1 Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan,
pentadbiran Kerajaan Tempatan terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.
Namun, Kerajaan Persekutuan boleh membuat dasar
dan
perundangan bagi tujuan penyelarasan dan keseragaman. Selaras dengan pendekatan
Kerajaan bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat,
fungsi
KPKT
telah diperluaskan dengan penambahan aspek kesejahteraan bandar.
3.2
Kepesatan proses perbandaran
menyebabkan isu-isu perbandaran menjadi semakin kompleks. Penubuhan JPP dilihat
dapat membantu PBT bergerak bersama-sama dengan
penduduk
sebagai satu pasukan bagi menangani pelbagai isu kesejahteraan bandar.
3.3
Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya
pada 16 Oktober 2013 telah bersetuju dengan perkara-perkara seperti berikut:
(i)
penubuhan
JPP dalam kawasan PBT serta pemberian elaun;
(ii)
penubuhan
Majlis Perwakilan Penduduk; dan
(iii)
pewujudan
Unit Kesejahteraan Bandar.
4. OBJEKTIF
PENUBUHAN JPP
4.1
Status JPP adalah berbeza dengan
status Ahli Majlis PBT. PBT merupakan sebuah pertubuhan perbadanan (body
corporate) dan juga satu entiti undang-undang dan agensi
penguatkuasaan,
manakala JPP adalah bersifat pentadbiran yang bukan merupakan entiti
undang-undang dan bukan agensi penguatkuasaan. Fungsi JPP hanyalah bertujuan
membantu
orang
awam dalam sesuatu komuniti untuk bergiat aktif dalam proses pentadbiran
kerajaan tempatan.
4.2
Penubuhan JPP akan memberi peluang dan
menggalakkan penyertaan penduduk (public participation) dalam programprogram dan
pembangunan di kawasan bandar bagi meningkatkan kemampanan kejiranan
(neighbourhood sustainability). Sehubungan itu, penduduk berpeluang melibatkan
diri dalam mengemukakan pandangan dan masalah
yang
dihadapi oleh masyarakat setempat untuk diambil tindakan oleh Kerajaan.
4.3
Penubuhan JPP juga dilihat sebagai
salah satu medium bagi KPKT membawa sebarang isu perbandaran seperti perumahan dan
pengurusan sisa pepejal termasuk isu-isu yang terletak di bawah bidangkuasa
persekutuan seperti kesihatan, pengangkutan, alam sekitar dan keselamatan.
4.4
JPP yang diwujudkan akan bergerak
sebagai satu entiti yang dianggotai oleh wakil masyarakat setempat bagi
mendokong dan memantau pelaksanaan program-program pembangunan, kemasyarakatan
dan modal insan yang dilaksanakan sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan di
samping menangani isu-isu perbandaran dan penyampaian perkhidmatan secara berterusan
di kawasan setempat. Tiga objektif utama penubuhan JPP adalah seperti berikut:
(i)
menggalakkan
penyertaan penduduk dalam program dan pembangunan kawasan setempat;
(ii)
membantu
menangani isu-isu kesejahteraan Bandar dan seterusnya meningkatkan sistem
penyampaian perkhidmatan Kerajaan; dan
(iii)
mewujudkan
hubungan yang baik di antara masyarakat di kawasan kejiranan setempat.
5. PELAKSANAAN
JPP
5.1
JPP akan ditubuhkan di 148 PBT
seluruh negara kecuali Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan
Putrajaya, Perbadanan Labuan, PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim, Lembaga
Bandaran Johor Tenggara dan Lembaga Kemajuan Tioman.
5.2
Setiap PBT diperuntukkan sebanyak 24
zon. Walau bagaimanapun, Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan PBT dibenarkan untuk
membuat pengubahsuaian bilangan zon di
setiap
PBT berdasarkan densiti penduduk dan isu berbangkit di PBT tertentu. Sebarang
pengubahsuaian bilangan zon hendaklah tidak melebihi bilangan maksimum zon yang
ditetapkan
bagi setiap negeri seperti di Jadual 1.
Jadual
1 : Bilangan maksimum zon di setiap negeri
Bil.
Negeri Bil. Maksimum Zon
1. Johor
360
2. Kedah 264
3.
Kelantan 288
4.
Melaka 96
5.
Negeri Sembilan 192
6.
Pahang 264
7.
Pulau Pinang 48
8.
Perak 360
9.
Perlis 24
10.
Selangor 288
11.
Terengganu 168
12.
Sabah 576
13.
Sarawak 624
Jumlah
3,552
6. STRUKTUR
ORGANISASI JPP
Anggota
JPP adalah terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan lapan (8) ahli
jawatankuasa. Carta organisasi JPP adalah seperti di LAMPIRAN A.
7. PERANAN
ANGGOTA JPP
7.1
Pengerusi
·
Berperanan
sebagai ketua dan pemimpin jawatankuasa di peringkat zon yang bertanggungjawab
dalam merancang, menyatupadukan penduduk serta membantu Kerajaan mengenalpasti
isu perbandaran bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat di bandar.
·
Ahli
dalam Majlis Perwakilan Penduduk.
·
Mempengerusikan
mesyuarat JPP dan memantau aktiviti biro-biro yang ditubuhkan.
·
Mengadakan
mesyuarat JPP sekurang-kurangnya dua bulan sekali.
·
Menentukan
pengagihan tugas JPP melalui penubuhan biro-biro.
·
Menghadiri
mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan di peringkat PBT (sekiranya perlu).
·
Menyelaras
pelaksanaan program dan projek dengan penglibatan komuniti setempat menggunakan
pendekatan bottom up.
·
Menyelaras
dan mengemaskini maklumat profil zon.
·
Mewujudkan
perpaduan di kalangan penduduk setempat melalui penyertaan aktif komuniti dalam
aktiviti kemasyarakatan.
·
Mengemukakan
semua aduan, masalah dan maklum balas yang diterima mengenai keperluan
masyarakat setempat untuk diambil tindakan oleh PBT atau jabatan/agensi berkaitan.
·
Menyampaikan
maklumat, memberi penjelasan dan mengambil tindakan mengenai arahan-arahan
Kerajaan.
·
Menjadi
penghubung antara penduduk dengan PBT dan Jabatan/ Agensi Kerajaan (Community
Coordinator).
7.2
Setiausaha
·
Membantu
Pengerusi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kesetiausahaan dalam JPP.
·
Mengeluarkan
surat panggilan mesyuarat.
·
Menyediakan
minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada semua ahli mesyuarat dan Unit
Kesejahteraan Bandar (UKB) dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh mesyuarat
diadakan.
·
Menyediakan
semua surat dan laporan yang berkaitan dengan program dan aktiviti JPP.
·
Membuat
makluman dan hebahan kepada penduduk mengenai aktiviti/ kempen/ isu semasa
melalui saluran komunikasi yang sesuai.
·
Membantu
Pengerusi dalam memantau pelaksanaan setiap program dan aktiviti JPP.
7.3
Ahli Jawatankuasa
·
Menjadi
pengerusi kepada mana-mana biro yang ditentukan oleh JPP.
·
Melantik
ahli kepada mana-mana jawatankuasa kecil yang ditubuhkan.
·
Memberi
cadangan dan pandangan berhubung isu dan masalah setempat serta kaedah untuk
melaksanakan sesuatu program dan aktiviti.
·
Menerima
maklum balas, aduan dan masalah yang dikemukakan oleh penduduk setempat.
·
Memberi
penjelasan dan mendapatkan sokongan serta penyertaan penduduk dalam program dan
aktiviti JPP.
·
Memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan setiap
program dan aktiviti JPP dilaksanakan dengan berkesan.
8. FUNGSI
DAN TUGAS BIRO
8.1
Biro Kemajuan Wanita
·
Merancang
dan melaksanakan aktiviti yang sesuai bagi menggalakkan penglibatan aktif kaum
wanita dalam komuniti setempat.
·
Memastikan
kepentingan golongan wanita di kawasan setempat tidak terabai terutamanya
golongan wanita yang daif dan ibu tunggal.
·
Mengenalpasti
peluang-peluang meningkatkan pendapatan dan kemahiran yang ditawarkan oleh
pelbagai jabatan/agensi/ pihak swasta khususnya dalam pembangunan wanita.
8.2
Biro Belia dan Sukan
·
Mengadakan
aktiviti yang dapat memupuk dan menggalakkan semangat kerjasama dan
kesukarelawan dengan kerjasama 1M4U dan jabatan/ agensi berkaitan.
·
Merancang
dan melaksanakan aktiviti sukan dengan melibatkan komuniti setempat.
·
Mengenalpasti
keperluan kemudahan sukan dan rekreasi bagi komuniti setempat untuk dikemukakan
kepada PBT dan jabatan/ agensi berkaitan.
8.3
Biro Ekonomi dan Kewangan
·
Menggerakkan
masyarakat untuk melaksanakan program/aktiviti ekonomi berdasarkan potensi dan
sumber-sumber yang ada.
·
Merancang
dan melaksanakan kegiatan ekonomi yang lestari.
8.4
Biro Sosial dan ICT
·
Mengenalpasti
dan melaksanakan program kesenian dan kebudayaan yang sesuai.
·
Menggalakkan
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan komuniti
setempat.
8.5
Biro Aduan dan Kebajikan
·
Menerima
dan menyelaras semua aduan, masalah, maklum balas dan keperluan penduduk
setempat untuk dikemukakan kepada PBT atau jabatan/agensi berkaitan.
·
Mengenalpasti
jenis-jenis bantuan yang disediakan oleh jabatan/agensi kerajaan dan menyelaras
permohonan bantuan tersebut untuk penduduk yang layak.
·
Mengenal
pasti penduduk miskin di kawasan setempat dan memantau senarai penduduk miskin
di bawah program e-Kasih.
·
Menyusun
keperluan kesejahteraan penduduk mengikut keutamaan.
8.6
Biro Keselamatan
·
Mengawasi
dan melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai kegiatan yang boleh mengancam
keselamatan dan keamanan kawasan setempat.
·
Mengadakan
aktiviti dan taklimat bersama agensi keselamatan bagi meningkatkan keprihatinan
masyarakat setempat.
·
Bekerjasama
dengan pihak berkuasa bagi mengawasi keselamatan kawasan kejiranan.
·
Mengawalselia
harta dan kemudahan awam bersama-sama komuniti setempat supaya sentiasa dalam
keadaan baik dan boleh digunakan.
8.7
Biro Pendidikan, Modal Insan dan
Kerohanian
·
Memupuk
budaya ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat.
·
Bekerjasama
dengan institusi kerajaan, swasta dan NGO dalam usaha menyediakan aktiviti
pembelajaran bagi mempertingkatkan kecemerlangan pendidikan pelajar.
·
Mendapatkan
maklumat daripada jabatan/ agensi berkaitan berhubung peluang latihan kemahiran
dan kemajuan kerjaya untuk disertai oleh masyarakat setempat.
·
Mengenalpasti
skim dan program bantuan pendidikan yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar.
·
Memelihara
keharmonian beragama dalam masyarakat yang berbilang kaum.
8.8 Biro Kebersihan, Kesihatan dan Alam
Sekitar
·
Merancang
dan melaksanakan aktiviti yang menggalakkan amalan gaya hidup sihat.
·
Membantu
agensi kerajaan dalam menjalankan khidmat nasihat dan penguatkuasaan
undang-undang dalam mencegah wabak penyakit.
·
Mewujudkan
jaringan kerjasama dengan klinik kesihatan/swasta untuk pelaksanaan program
kesihatan.
·
Menggalakkan
masyarakat setempat menjaga kebersihan persekitaran, kebersihan awam dan
kemudahan awam.
9. PIHAK
BERKUASA MELANTIK
Pihak
berkuasa melantik bagi anggota JPP adalah seperti di Jadual 2 berikut:
Jadual
2 : Pihak berkuasa melantik anggota JPP
Bil.
|
Jawatan
|
Pihak Berkuasa Melantik
|
1.
|
Pengerusi
|
YB
Menteri KPKT
|
2.
|
Setiausaha
& Ahli
|
Jawatankuasa
Ketua Setiausaha KPKT
|
10. SYARAT-SYARAT
UMUM PELANTIKAN
10.1
Semua pelantikan Anggota JPP hendaklah
memenuhi syarat-syarat umum seperti berikut:
(i)
penduduk
yang bermastautin di dalam zon tersebut;
(ii)
warganegara
Malaysia yang berumur di antara 21 hingga 65 tahun;
(iii)
kelayakan
akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf
dengannya;
(iv)
keutamaan
diberikan kepada individu yang bergiat aktif dalam pertubuhan, persatuan atau
kerja-kerja amal;
(v)
tidak
diisytiharkan muflis;
(vi)
tidak
mempunyai sebarang rekod jenayah;
(vii)
bukan
di kalangan Ahli Majlis yang sedang berkhidmat;
(viii)
pemilihan
calon JPP dari kalangan penjawat awam dan golongan profesional adalah wajar
digalakkan untuk membuka minda dan melaksanakan transformasi pengurusan bandar;
dan
(ix)
lain-lain
syarat yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh KPKT.
10.2
Pemilihan Pengerusi hendaklah dari
kalangan opinion leaders yang berpengaruh serta bersesuaian dengan taraf sosial
dan pemikiran masyarakat setempat. Opinion leaders merupakan individu yang
dapat menyumbang idea dan membuat keputusan serta menjadi role model kepada
penduduk setempat.
10.3
Pelantikan sekurang-kurangnya 20
peratus daripada jumlah anggota JPP adalah daripada golongan belia yang berumur
21 hingga 40 tahun.
11.
PROSEDUR PELANTIKAN
11.1
Prosedur pelantikan bagi Pengerusi JPP
adalah seperti berikut:
(i)
Datuk
Bandar/ YDP bersama Pemimpin Tempatan Persekutuan (PTP) mengenalpasti calon;
(ii)
Sesi
temuduga oleh panel penemuduga yang dipengerusikan oleh Datuk Bandar/ YDP/ PTP
sekiranya terdapat lebih daripada seorang calon;
(iii)
calon
yang telah diperakukan oleh Datuk Bandar/ YDP/PTP akan dikemukakan kepada YB
Menteri KPKT untuk kelulusan pelantikan; dan
(iv)
surat
tawaran lantikan akan dikeluarkan oleh KPKT dengan menyatakan tempoh kuat kuasa
lantikan tidak melebihi dua (2) tahun.
11.2
Prosedur pelantikan bagi Setiausaha
dan Ahli Jawatankuasa adalah seperti berikut:
(i)
Pengerusi
JPP bersama Datuk Bandar/ YDP dan PTP mengenalpasti calon;
(ii)
Pengerusi
JPP perlu memastikan calon yang dipilih hendaklah mewakili keseluruhan kawasan
dalam zon tersebut serta mengambil kira kuota bagi belia, wanita dan juga
komposisi kaum;
(iii)
calon
yang telah diperakukan oleh Datuk Bandar/YDP/PTP akan dikemukakan kepada Ketua Setiausaha
KPKT untuk kelulusan pelantikan; dan
(iv)
surat
tawaran lantikan akan dikeluarkan oleh KPKT dengan menyatakan tempoh kuat kuasa
lantikan tidak melebihi dua (2) tahun.
11.3 Carta alir bagi prosedur pelantikan
Pengerusi adalah seperti di LAMPIRAN B manakala bagi Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa
adalah seperti di LAMPIRAN C.
11.4 Bagi negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh
Kerajaan Persekutuan, peranan Datuk Bandar/ YDP dalam urusan pencalonan diambil
alih oleh Pegawai Kemajuan Negeri di
Pejabat
Pembangunan Persekutuan Negeri/ Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri. Carta
alir bagi prosedur pelantikan bagi anggota JPP bagi negeri-negeri yang tidak ditadbir
oleh Kerajaan Persekutuan adalah seperti di LAMPIRAN D dan LAMPIRAN E.
12. TEMPOH
LANTIKAN
Tempoh
lantikan anggota JPP bagi satu (1) penggal adalah tidak melebihi dua (2) tahun.
Tempoh lantikan ini boleh dilanjutkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berdasarkan
prestasi yang ditunjukkan oleh anggota JPP dalam tempoh perkhidmatan dan tempoh
maksimum pelantikan adalah dua (2) penggal sahaja. Pelanjutan tempoh lantikan
bagi jawatan Pengerusi hendaklah diperakukan oleh Pengerusi MPP setelah
berunding dengan PTP manakala bagi Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa hendaklah
diperakukan oleh Pengerusi JPP. Cadangan pelanjutan tempoh lantikan hendaklah dikemukakan
kepada Bahagian Kesejahteraan Bandar, KPKT dua (2) bulan sebelum tempoh
pelantikan tamat.
13. PENAMATAN
LANTIKAN
13.1
Lantikan anggota JPP boleh ditamatkan
pada bila-bila masa oleh Pihak Berkuasa Melantik dengan syor dan perakuan Pengerusi
MPP atas sebab-sebab berikut:
(i)
dilucutkan
kewarganegaraan;
(ii)
diisytiharkan
muflis oleh mahkamah;
(iii)
berpindah
dari kawasan PBT yang diduduki;
(iv)
disabitkan
oleh mahkamah dengan kesalahan jenayah;
(v)
diperakukan
oleh pengamal perubatan kerajaan bahawa anggota berkenaan tidak sihat atau
menghidap penyakit kronik;
(vi)
gagal
hadir ke mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang munasabah; dan
(vii)
lain-lain
sebab yang diputuskan oleh Pihak Berkuasa Melantik.
13.2
Mana-mana anggota JPP yang berhasrat
untuk melepaskan jawatan hendaklah mengemukakan notis bertulis dalam tempoh 30
hari kepada Bahagian Kesejahteraan Bandar,
KPKT.
13.3
Pengerusi JPP perlu memastikan
sebarang kekosongan dalam jawatan JPP atas apa-apa sebab perlu diisi seperti
ketetapan di perenggan 9, 10,11 dan 12 Garis Panduan ini.
14.
BAYARAN ELAUN DAN KEMUDAHAN
14.1
Kadar elaun bulanan bagi anggota JPP
adalah seperti di Jadual 3:
Jadual
3 : Kadar Elaun Bulanan Anggota JPP
Perkara
|
Majlis
Bandaraya/
Majlis Perbandaran
|
Majlis Daerah
|
Elaun
Pengerusi
|
RM800 sebulan
|
RM500 sebulan
|
Elaun
Setiausaha
|
RM400 sebulan
|
RM250 sebulan
|
Elaun
Ahli
Jawatankuasa
|
RM75
bagi setiap
mesyuarat
yang dihadiri (maksimum 6 kali setahun)
|
RM50
bagi setiap
mesyuarat
yang dihadiri
(maksimum
6 kali setahun)
|
14.2
Pengerusi dan Setiausaha JPP layak
menerima kemudahan rawatan kelas kedua di Hospital Kerajaan dengan maksimum RM500.00
bagi setiap tuntutan.
14.3
Setiap JPP akan menerima Elaun Keraian
Mesyuarat tidak melebihi RM100.00 setiap mesyuarat dengan maksimum kekerapan 6
kali setahun.
15. PENGENDALIAN
MESYUARAT
Mesyuarat
JPP perlulah dikendalikan mengikut kelaziman peraturan-peraturan mesyuarat dan
meliputi perkara seperti berikut:
(i)
Mesyuarat
JPP hendaklah diadakan sekurang-kurangnya 2 bulan sekali. Walau bagaimanapun,
adalah digalakkan untuk bermesyuarat dengan lebih kerap. Notis mesyuarat perlu diedarkan
kepada semua ahli dalam tempoh tiga (3) hari sebelum tarikh mesyuarat melalui
kaedah yang ditetapkan oleh JPP;
(ii)
Korum
bagi mesyuarat JPP hendaklah sekurang-kurangnya dua pertiga (2/3) daripada
jumlah anggota JPP iaitu 7 daripada 10 orang;
(iii)
Ketetapan
yang dibuat dalam mesyuarat JPP hendaklah mendapat persetujuan majoriti.
Sekiranya tiada persetujuan majoriti dicapai, maka Pengerusi JPP mempunyai
kuasa penuh untuk membuat ketetapan; dan
(iv)
Minit
mesyuarat hendaklah diedarkan kepada semua anggota JPP dan salinannya kepada
Bahagian Kesejahteraan Bandar, KPKT dalam tempoh 7 hari selepas tarikh
mesyuarat.
16. KURSUS DAN LATIHAN
KPKT
akan melaksanakan kursus dan latihan kepada anggota JPP bagi meningkatkan
pengetahuan mengenai asas pengurusan JPP dan pelaksanaan aktiviti
kemasyarakatan. Pelaksanaan kursus dan latihan serta kelayakan untuk
mengikutinya akan dimaklumkan dari
semasa
ke semasa.
17. PEMANTAUAN
Pemantauan
prestasi JPP akan dilaksanakan oleh KPKT bagi memastikan JPP melaksanakan
tanggungjawab yang diamanahkan. Bagi tujuan tersebut, Penanda Aras Utama (Key Performance Indicator – KPI) akan diwujudkan dengan
menggariskan pencapaian utama antaranya seperti berikut:
(i)
mengadakan
mesyuarat sekurang-kurangnya dua bulan sekali;
(ii)
melengkap
dan mengemaskini profil zon setahun sekali;
(iii)
pengurangan
bilangan golongan miskin di kawasan setempat;
(iv)
pengurangan
masalah sosial di kawasan setempat;
(v)
peningkatan
pendapatan penduduk kesan dari aktiviti ekonomi yang diusahakan; dan
(vi)
bilangan
aktiviti atau program yang dijalankan.
18. LAPORAN
TAHUNAN
Setiap
JPP perlu menyediakan laporan tahunan program dan aktiviti JPP dan dihantar ke
Bahagian Kesejahteraan Bandar, KPKT sebelum 15 Januari tahun berikutnya.
19. PENUBUHAN
MAJLIS PERWAKILAN PENDUDUK (MPP)
19.1
Bagi melengkapkan struktur serta
fungsi JPP, MPP akan ditubuhkan di setiap PBT bagi menyelaras dan memastikan kelancaran
perjalanan JPP di setiap zon. MPP akan dipengerusikan oleh Datuk Bandar/ YDP/
PTP/ wakil yang akan dilantik oleh YB Menteri KPKT. Keahlian MPP adalah terdiri
daripada Pengerusi JPP di setiap zon, PTP dan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan/
Negeri di kawasan PBT. Struktur Organisasi MPP adalah seperti di LAMPIRAN F.
MPP perlu bersidang sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun dan urus
setia
MPP adalah Unit Kesejahteraan Bandar PBT masing-masing.
19.2
Peranan utama MPP adalah seperti berikut:
(i)
menyelaras
pelaksanaan program kesejahteraan bandar di setiap zon JPP;
(ii)
mendapatkan
maklum balas bagi isu-isu kesejahteraan bandar; dan
(iii)
meneliti
dan membincangkan cadangan program dan projek pembangunan di peringkat JPP.
20. PUBLISITI
DAN HEBAHAN
Semua
maklumat berkaitan penubuhan MPP dan JPP termasuk program dan aktiviti
hendaklah dipaparkan di laman web rasmi PBT/Pejabat Pembangunan Persekutuan
Negeri/ Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri. Selain itu, hebahan juga boleh
dibuat melalui
saluran-saluran
seperti buletin, risalah, poster dan papan iklan.
21. PENUTUP
Garis
panduan ini sewajarnya dapat memberi panduan dan rujukan dalam membantu KPKT,
Pihak Berkuasa Negeri, PBT, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri/ Jabatan Pembangunan
Persekutuan Negeri dan pihak-pihak yang berkaitan dalam mewujud dan memantapkan
penubuhan JPP dalam kawasan PBT.
Bahagian
Kesejahteraan Bandar
Kementerian
Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Mei
2014
No comments:
Post a Comment