Sunday, 9 October 2016

9 OKTOBER 2016 : GOTONG-ROYONG ANTI AEDES DESA JAYA 2

JPP Zon 1 turut serta menjayakan majlis gotong-royong dibawah anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Maran, dengan kerjasama Bomba Jengka, Majlis Daerah Maran, Alam Flora dan KRT Desa Jaya 2.

Desa Jaya 2 dikenalpasti merupakan kawasan wabak denggi berikutan kes denggi yang tinggi di kawasan berkenaan ketika ini. Sehubungan itu JPP Zon 1 turut menjayakan program yang dirancang dengan diketuai Encik Naizahan selaku pengerusi JPP Zon 1.






Klik GALERI untuk ikuti foto aktiviti.

8 OKTOBER 2016 : HARI SUKAN NEGARA

JPP Zon 1 Maran, telah turut menjayakan sambutan Hari Sukan Negara 2016 yang telah berlangsung dengan meriahnya di Terminal Sementara berhadapan Pasaraya Darul Makmur Nadi Kota.


Berbagai acara telah berlangsung, bagi JPP Zon 1 telah menampilkan permainan berasaskan bola ping pong.


Bersukan untuk melahirkan masyarakat yang sihat, Majulah sukan untuk negara.








Sila klik GALERI untuk ikuti foto aktiviti.

Thursday, 6 October 2016

MAJLIS PENUTUP TOMOI

1 OKTOBER 2016 - Biro Sukan JPP Zon 1 Maran telah menganjurkan Majlis Penutup Tomoi di Dewan KRT Desa Jaya 2.

Seramai 16 orang anak muay telah berjaya menamatkan latihan yang tellah dirasmikan penutupannya oleh wakil YB Parlimen Kuala Krau, Dato' Sabery.






Sila klik GALERI untuk ikuti foto aktiviti.

Monday, 1 August 2016

MESYUARAT KALI KE-4 JPP ZON 1

29 JULAI 2016 - Ahli Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon 1 Maran telah mengadakan mesyuarat kali ke-4.

Mesyuarat telah membentangkan laporan-laporan biro termasuk aktiviti yang disertai oleh JPP Zon 1 ini.

Sesungguhnya seluruh jawatankuasa JPP Zon 1 ini bersyukur atas pencapaian yang diperolehi menerusi beberapa permohonan yang berjaya meningkatkan keberkesanan peranan JPP. Walaupun jumlah ahli JPP yang sedikit tetapi telah berjaya melaksanakan berbagai projek dan aktiviti yang besar dan bermanfaat untuk semua penduduk dalam zon 1 ini.




KRT TJM 2 TERIMA WATIKAH

31 JULAI 2016 (AHAD) - Kumpulan Rukun Tetangga Taman Jengka Mahkota 2 telah menerima watikah dari pada pegawai bertanggung jawab pada hari ini.

Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon 1 menerima kehadiran KRT TJM 2 sebagai satu lingkungan tanggungjawab yang semakin meluas dan sentiasa bersedia bekerjasama dalam memastikan objektif dan matlamat penubuhan JPP tercapai dengan jayanya di bawah kendalian JPP Zon 1 ini.




Encik Mursyidi, Encik Jasni dan Encik Zahid telah mewakili JPP Zon 1 dengan menghadiri majlis penyerahan watikah berkenaan dan turut meraikan majlis sambutan aidilfitri taman berkenaan. Tahniah diucapkan kepada KRT TJM 2 di atas penyerahan watikah berkenaan.

Sunday, 17 July 2016

17 JULAI 2016 : PROGRAM ZIARAH KASIH

JPP Zon 1 dengan kerjasama KRT telah berjaya melaksanakan Rogram Ziarah Kasih yang melibatkan 5 orang penduduk Taman Desa Jaya 1, Desa Jaya 2 dan Taman Jengka Mahkota.

Wakil-wakil YB DUN Jengka dan YB Parlimen Kuala Krau telah turut serta menyampaikan sumbangan sambil bertanya khabar perihal kesihatan penerima-penerima sumbangan.

 

 



 
 



 
 

 

 

 





MAJLIS IFTAR

22 JUN 2016 : AJK JPP Zon 1 Maran telah menjayakan majlis berbuka puasa di Sweet Apple Bandar Jengka.












Turut hadir wakil YB DUN Jengka