Saturday, 14 March 2015

KEJOHANAN BOWLING MERIAH

15 MAC 2015 - Kejohanan Bowling Tertutup Jawatankuasa Pewakilan Penduduk Zon 1 (Jengka) Daerah Maran telah berlangsung dengan meriahnya dan mencapai objektif. Program ini telah dijayakan oleh Jawatankuasa Pertandingan daripada Biro Sukan JPP Zon 1 dengan penglibatan 50 orang peserta daripada 10 pasukan penyertaan sekitar Taman Jengka Mahkota, Taman Jengka Mahkota 2, Taman Desa Jaya dan Taman Desa Jaya 2.

Pertandingan telah dirasmikan oleh YB Dato' Wan Salman ADUN Jengka yang juga merupakan peserta pertandingan ini.



























































Encik Niazhan mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT dan terima kasih kepada AJK JPP Zon 1 kerana berjaya menganjurkan program pertandingan bowling ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang bermurah hati membantu menjayakan program ini seterusnya terima kasih juga diucapkan kepada YB Parlimen Kuala Krau, Dato' Ismail dan YB ADUN Jengka Dato' Wan Salman yang begitu prihatin.