- UTAMA
- ORGANISASI
- BIRO KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR
- BIRO PENDIDIKAN, MODAL INSAN DAN KEROHANIAN
- BIRO KESELAMATAN
- BIRO ADUAN DAN KEBAJIKAN
- BIRO SOSIAL DAN ICT
- BIRO EKONOMI DAN KEWANGAN
- BIRO BELIA DAN SUKAN
- KENALI ZON 1 JENGKA
- KPKT
- MAJLIS DAERAH MARAN
- JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG
- PAIP
- KERAJAAN NEGERI PAHANG
- POLIS DIRAJA MALAYSIA
- PENERANGAN PAHANG
- JABATAN PENDIDIKAN PAHANG
- JABATAN KESIHATAN PAHANG
- JABATAN BELIA DAN SUKAN PAHANG
- JKM PAHANG
- GALERI
Friday, 21 November 2014
APA ITU JPP?
JUMAAT, 17 OKTOBER 2014 @ 6:58 PM
Peranan JPP tidak bertindih dengan PBT, JKKK - Halimah
PEKAN: Penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara, tidak akan menyebabkan pertindihan kuasa dengan majlis PBT atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique, berkata penubuhan JPP yang berlandaskan undang-undang adalah kaedah terbaik dalam mengukuhkan interaksi antara penduduk dan kerajaan.
Beliau berkata, penubuhan jawatankuasa itu juga adalah satu mekanisme baharu dari segi pentadbiran dalam kawasan bandar selain mewakili suara masyarakat bandar di taman-taman perumahan.
"Soal pertindihan kuasa atau pengambilalihan peranan tidak timbul lebih-lebih lagi anggota (JPP) yang dipilih terdiri daripada kepimpinan masyarakat di zon masing-masing dan syarat utama ialah anggota terbabit mesti bermastautin di kawasan itu.
"Di kampung, JKKK rapat dengan penduduknya dan selalu turun padang membantu menyelesaikan masalah mereka. Konsep JPP sama seperti JKKK. Mereka yang dilantik akan menjadi wakil rakyat 'kecil' untuk membawa suara masyarakat bandar dalam isu-isu perbandaran dan mencadangkan sesuatu untuk kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat.
"Rakyat bukan marah kepada kerajaan tetapi marah dengan tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan apabila soal kualiti perkhidmatan yang perlu dibuat oleh PBT, contohnya penyediaan kemudahan asas dan lain-lain," katanya.
Halimah berkata, demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama pengerusi JPP dalam kawasan PBT negeri Pahang di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.
Katanya, segala aduan atau masalah yang disuarakan masyarakat bandar akan dibawa ke peringkat tertinggi iaitu Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dan menerusi MPP dengan pemantauan EXCO Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri masing-masing, semua JPP akan berbincang dengan Yang Dipertua PBT bagi mencari jalan penyelesaian.
Katanya, JPP juga berperanan menjadi penggerak untuk menyatupadukan masyarakat dalam bandar dengan menjadi wakil kerajaan bagi menjelaskan mengenai dasar kerajaan, seperti isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang hangat diperkatakan sekarang.
Beliau berkata, seramai 2,286 anggota JPP telah dicadangkan di bawah 98 PBT di 11 negeri kecuali Sabah dan Sarawak, dan daripada jumlah itu 881 individu telah dilantik manakala selebihnya dalam proses untuk lantikan.
Seramai 231 anggota JPP di Pahang dilantik bagi melaksanakan tanggungjawab berkenaan.
- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment