Monday, 9 November 2015

GOTONG-ROYONG PERDANA GANYANG AEDES

10 NOVEMBER 2015, JPP ZON 1 telah menganjurkan gotong-royong perdana ganyang aedes rentetan gotong-royong perdana yang telah diadakan pada 8 November 2-15 yang lalu.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Majlis Daerah Maran merangkap wakil YB ADUN Jengka Cikgu Hisyam.

Program tersebut bermula jam 8.00 pagi melibatkan semua kawasan perumahan dalam JPP Zon 1 yang terdiri dari[ada Taman Desa Jaya 1, Taman Desa Jaya 2, Taman Jengka Mahkota 1 dan Taman Jengka Mahkota 2.

Berikut adalah antara foto aktiviti program berkenaan :




















Sunday, 19 April 2015

KHIDMAT MASYARAKAT DITERUSKAN

19 APRIL 2015 - JK JPP Zon 1 Jengka terus menabur khidmat bakti sekitar zon 1 Jengka.








Saturday, 11 April 2015

TERUS MENABUR BAKTI

11 APRIL 2015 - JK JPP ZON 1 (JENGKA) Maran terus menabur bakti setelah menampal jalan-jalan rosak di Taman Desa Jaya 2 kini membaiki jalan altenatif di Taman Jengka Mahkota.

Tanpa menghiraukan panas terik, cuti yang ada pada tengah hari Sabtu ini dimanfaatkan demi kepentingan bersama. Tahniah JK JPP Zon 1 Jengka.








Saturday, 14 March 2015

KEJOHANAN BOWLING MERIAH

15 MAC 2015 - Kejohanan Bowling Tertutup Jawatankuasa Pewakilan Penduduk Zon 1 (Jengka) Daerah Maran telah berlangsung dengan meriahnya dan mencapai objektif. Program ini telah dijayakan oleh Jawatankuasa Pertandingan daripada Biro Sukan JPP Zon 1 dengan penglibatan 50 orang peserta daripada 10 pasukan penyertaan sekitar Taman Jengka Mahkota, Taman Jengka Mahkota 2, Taman Desa Jaya dan Taman Desa Jaya 2.

Pertandingan telah dirasmikan oleh YB Dato' Wan Salman ADUN Jengka yang juga merupakan peserta pertandingan ini.



























































Encik Niazhan mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT dan terima kasih kepada AJK JPP Zon 1 kerana berjaya menganjurkan program pertandingan bowling ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang bermurah hati membantu menjayakan program ini seterusnya terima kasih juga diucapkan kepada YB Parlimen Kuala Krau, Dato' Ismail dan YB ADUN Jengka Dato' Wan Salman yang begitu prihatin.