Monday, 1 August 2016

MESYUARAT KALI KE-4 JPP ZON 1

29 JULAI 2016 - Ahli Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon 1 Maran telah mengadakan mesyuarat kali ke-4.

Mesyuarat telah membentangkan laporan-laporan biro termasuk aktiviti yang disertai oleh JPP Zon 1 ini.

Sesungguhnya seluruh jawatankuasa JPP Zon 1 ini bersyukur atas pencapaian yang diperolehi menerusi beberapa permohonan yang berjaya meningkatkan keberkesanan peranan JPP. Walaupun jumlah ahli JPP yang sedikit tetapi telah berjaya melaksanakan berbagai projek dan aktiviti yang besar dan bermanfaat untuk semua penduduk dalam zon 1 ini.




KRT TJM 2 TERIMA WATIKAH

31 JULAI 2016 (AHAD) - Kumpulan Rukun Tetangga Taman Jengka Mahkota 2 telah menerima watikah dari pada pegawai bertanggung jawab pada hari ini.

Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon 1 menerima kehadiran KRT TJM 2 sebagai satu lingkungan tanggungjawab yang semakin meluas dan sentiasa bersedia bekerjasama dalam memastikan objektif dan matlamat penubuhan JPP tercapai dengan jayanya di bawah kendalian JPP Zon 1 ini.




Encik Mursyidi, Encik Jasni dan Encik Zahid telah mewakili JPP Zon 1 dengan menghadiri majlis penyerahan watikah berkenaan dan turut meraikan majlis sambutan aidilfitri taman berkenaan. Tahniah diucapkan kepada KRT TJM 2 di atas penyerahan watikah berkenaan.